Friday, 14 June 2013

VCO

Sekadar Untuk Berkongsi...

Khasiat Minyak Kelapa Dara, ni mmg terkenal dan mmg dah lama digunakan. cuma baru2 ni fenomena jualan VCO melalui Catalyst Product makin menjadi-jadi.. tahukah anda bagaiaman ia terjadi?? saya adalah salah seorang pengguna produk ini..setelah hampir setahun saya menggunakan produk ini, saya mengambil keputusan utk menjadi ahli dan dgn itu sy dapat membelinya dgn harga yang lebih murah...

begitu juga sy menggunakannya utk keluarga saya...khasiatnya mmg terbukti berkesan..

dan sy juga mula berkongsi khasiat ini bersama rakan2 sepejabat sy..dan responya...POSITIF...
YA  itu yg sy inginkan....

Antara Khasiatnya...

1 - Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

2 - Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.

3 - Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga

4 - Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

5 - Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

6 - Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

7 - Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

8 - Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

9 - Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

10- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

11- Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.

Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.


1 - Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi

2 - Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

3 - Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

4 - Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.

5 - Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

6 - Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

7 - Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

8 - Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

9 - Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

10- Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

DAN yang paling best tentang minyak kelapa dara ni ialah:


5) Memberi nutrisi kepada ibu mengandung, ibu dan bayi menyusu.

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. (sumber dari http://www.colourvibrationtherapy.com/minyakkelapadara.htm)

Aper pun semua yang baik adalah datangnya dari ALLAH swt...kits sbg manusia hanya mampu berusaha serta berdoa kepada NYA..

Untuk tempahan sila hubungi sy di talian
019-2571004
whatsapp sy di 018-2224834

Anda juga boleh melayari emel sy
sitikhadijah.ak@moh.gov.my    
atau komen terus pada post ni...sy akn reply secepat yang mungkin...trima kasih

KHASIAT HABBATUS SAUDA'

Pernah kan Anda Dengar Penawar ini??? Kadangkala ia digelar sebagai "bijirin hitam" atau "jintan hitam".


Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam." Aisyah r.ha. pun bertanya: " Apakah Al Saam itu?" Jawab Baginda s.a.w. "Mati." (Riwayat Al-Muslim)

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda'" yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout

Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma

Bahan "Nigellon" yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema

Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi

Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)

Bahan "Nigellon" dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan "Histamine" dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)

Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu

Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)

Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh

Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah

Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan "Cisplatin", yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat "Cisplatin" ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman

Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti "E Coli", "Strep.Fecalis" dan "Bacillus subtilis." Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman

Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis

Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme

Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.

Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: " Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:

i. Ia bertindak menghilangkan bengkak.

ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.

iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.

iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.

v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,

vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,

vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi."

Kursus Di Pulau Pangkor

Hurmmm lama tinggal blog..siann dier..kpd sahabat sumer sory sb lama lost..xlama pun sebulan je..
almaklum la, aku ni bukan suri spjg masa tp seorang yg ada kerjaya.. jd kena la utamankan kerja yer x??hehehehe dah nama pun auditor, kena la slalu outstation buat audit kt temoat org...yeayyy kita GEGARRR sama dia...hahahha..jahat tol..

actually aku ditugaskan utk melaksanakan audit di Hopsital Port Dickson selama 3 minggu, dalam kesempatan tu jugak la bos aku buat kursus kat Pulau Pangkor, jd tinggalah koje jp, nk p bersiar2 kat pangkor plak..release tension kate ko..haaaa mmg release gile beb..syok tempat tu..cantik sgt..walahh...

we all berkampung kat Teluk Dalam Resort..xde aper nk citer, p sana pun koje jugak yer yeop...ha ko nengok je la gambar2 ni..wat cuci2 mata bg ko yg xdpt p sana..hahaha aku p pun sb kursus, klu x, xde maknanya aku nk sampai sana..


 haaa ni aku bru naik feri dari jetty lumut..kebas bontot smpai 5-6 jam duk dalam bas..aduhh..hahah gediks sket..

ok, ni antara chalet yg kami stay..satu chalet 4 org..sebilik dua org laaa..

 memandangkan esok dah nak balik, jd bos aku bg green lite utk sopink..yahooo....bukan byk pun dpt sopink..esok bru gaji..heheheh

 ni antara pemandangan kat pulau pangkor la...byk bot

 ni, aku ptokong cina..aku pun xtau ape tempat tah ni.. layan je laa


 ni bukan kat tokong cina, tp area Batu Bersurat..cm gambar kt bawah ni...


 ni la Batu Bersurat, igt kt terengganu je ada Batu Bersurat???pangkor pun ada tau..
pstt, ko phm x ape dia tulis tu???yg aku nampak gambat rimau 2 ekor...haaa nampak x??

 ok, mlm ni last we all kt cni, so ada la sket BBQ time...hampeh tol ayam dia siap ader darah lg, xmasak betol..aku belasah udang n ketam je...mmg betol laaa seafood kat cni sgt fresh dan lemak manis, berbeza dgn tempat kita...ikan bilis ko xpyh ckp la xmasin langsung...

 ni sj post gedik, alang2 nak balik aku xlepaskan peluang nk snap gambar kt tempat aku n the geng terjun tiap2 malam belajar berenang dgn sifu aku..Pn. Wan...hahhaa




 haaa ko tengok tu siap aku beli beg tambahan, soping punya pasal...adoii APTB..

nak balik da weyyy...sedeyyy..sb kene mengadap koje yg xabes lg kt spital PD tuh..


 ni antara geng gediks aku yg kuat bebenor dia nk bergambor ko... shida n seri..huhu mis u so much ok

 ni senior aku, merangkap penasihat aku la..hahha Kak Niza, jgn marah aaarr



 ni la sifu aku...huhuh...jomm terjun...

 ni sekitar teluk dalam resort...cuci2 lah mata anda okeh





 kat pangkor ni, klu ko rasa nk makan seafood yg terbekk mmg ko kena dtg cni, pasal ape aku ckp mcm tu sb aku dah rasa sumer seafood kat cni..sume yg dimasak kt hotel tu sumer aku blasah..hahahha

 ko pcy x kt pangkor ni byk Enggang yg jinak???ko tengok tu..selamber je dia posing


 sopink time..ko tengok pompuan klu sopink xigt member dahh...rebutttt


Alhamdulillah, kami selamat pergi, berkursus, hepy dan slamat pulang jugak...mmg best sgt kursus kali ni..hope pasni dpt bwk family aku pulak..hehehe...penat ko pyh nk tanya kt cni okeh..aku blasah nnt bru tau...yg penting kami dpt sgala ilmu, pengalaman dan rezeki yg melimpah ruah...syukur Alhamdulillah...