Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Blog SKSK...hehehe..lame tinggal blog..almaklum ler.bz memanjang....
arini sy rs terpanggil untuk berkongsi sikit tentang hal-hal berkaitan bby ni...hehehe sejak-sejak dah dekat nk bersalin byk juga ilmu yg sy cuba ketengahkan agar kita sesama dpt manfaaatnya...insya Allah...so kat cni ader sedikit tips utk mengeluarkan hingus n kahak bby..yela bila lihat anak kita tersekat2 nk bernapas sb hingus n kahak tu kebanyakan kita laju ke klinik shj semata2 nk bby cepat sihat kan...
1. Ambil 2 biji bawang putih, kupas kulitnya dan bakarkan hingga hangus. Cara nak bakar tu, boleh cucuk pada garfu dan lalukan di atas api dapur gas.
2. Selepas itu, masukkan bawang putih tadi ke dalam satu mangkuk dan masukkan 4 sudu minyak habbatussauda. Jika tiada, boleh gantikan dengan minyak zaitun atau minyak masak. Kemudian hancurkan bawang putih tadi bersama minyak.
3. Apabila bawang putih sudah hancur, tuangkan kedalam baldi bersih. Masukkan air panas separuh baldi. Kacau air panas agar sebati dengan bawang putih dan minyak tadi.
4. Duduk atas kerusi. Selepas itu tiarapkan bayi di atas peha anda. Baldi air panas tadi mesti di letakkan dibawah muka bayi. Pastikan jarak muka bayi dan baldi tidak terlalu dekat agar muka bayi anda tidak terlalu panas.
5. Tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan. Jangan tepuk ditengah- tengah tulang belakang sebaliknya di kiri dan kanan tulang belakang bayi. Buat sekejap sahaja dalam 1minit. Jika masih belum keluar, buat lagi 1minit sehingga hingus dan kahak keluar.
P/s: Tips ini seeloknya di buat pada waktu pagi kerana hingus dan kahak banyak pada waktu pagi. Bayi yang di dalam pantang tidak berapa sesuai menggunakan teknik ini kerana bimbang kulit muka bayi tidak tahan wap panas. Seeloknya, sapukan sahaja minyak bawang putih yang kita buat tadi di tapak kaki dan belakang badan bayi.