Apa itu asma?
Asma merupakan sejenis penyakit
melibatkan saluran pernafasan. Seseorang yang menghidap penyakit asma mempunyai
salur pernafasan yang ‘hyperresponsive’ atau dalam erti kata lain,
terlebih sensitif. Apabila terdedah kepada sesetengah faktor pencetus,
saluran pernafasan menjadi sensitif, dan bertindakbalas dengan penghasilan
lendir atau ‘mucus’ dan otot-otot saluran pernafasan mengecut,
‘bronchoconstriction’. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan
seterusnya mengakibatkan susah atau sesak nafas. Asma tidak boleh berjangkit
tetapi boleh diwarisi.
Perbezaan saluran pernafasan antara penghidap asma
(sebelah kanan gambar) dan seseorang tanpa asma (sebelah kiri gambar).
Ada beberapa factor pencetus asma
seperti:
§ Asap rokok
§ Haiwan peliharaan (bulu anjing atau kucing)
§ Lipas
§ Habuk pada permaidani, katil, bantal, patung
berbulu
§ Ekzos kereta, sesetengah minyak wangi, ba
usesetengah sabun pembersih
§ Debunga (‘pollens’) dari pokok, bunga, rumput
§ Cuaca atau angin sejuk, atau kadang-kadang cuaca
panas dan hujan
§ Selsema atau lain-lain jangkitan
§ Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bermain,
bersukan.
Setiap individu yang mengidap asma
adalah berlainan. Bukan setiap pesakit asma akan alah kepada semua
factor-faktor pencetus di atas.
Apakah
tanda-tanda asma?
§ “Wheezing”- bunyi seperti orang bersiul sewaktu
melepaskan nafas
§ Batuk
§ Berasa susah untuk bernafas
§ Berasa kekurangan udara
§ Dada berasa ketat
§ Berasa letih dan kekurangan tenaga
§ Berasa susah nafas semasa bersenam atau aktif
bermain.
Bagaimana
doctor mengenalpasti pesakit asma?
Diagnosa asma didapati melalui
ciri-ciri dan latar belakang (‘history’) dan pemeriksaan fizikal DAN Berdasarkan tanda-tanda yang dialami
seseorang pesakit, penyakit asma boleh diklasifikasikan mengikut tahap
keseriusan penyakit.
Bagaimanakah
asma dirawat ?
Secara amnya, ada 2 jenis kumpulan
ubat pam asma.
1. Ubat
pam (inhaler) sebagai pelega cepat (‘quick reliever’)
§ Apabila asma menyerang, ubat ini digunakan untuk
melegakan pernafasan dan memberhentikan serangan asma.
§ Ubat ini juga boleh digunakkan sebelum anak
melakukan aktiviti bersukan sekiranya aktiviti bersukan merupakan salah satu
factor pencetus asma. Ini dapat mengurangkan kemungkinan serangan asma untuk
berlaku.
§ Ubat ini berfungsi dengan meluaskan otot-otot
saluran pernafasan dan melegakan pernafasan.
§ Contoh: Salbutamol
2. Ubat
pam (inhaler) steroid sebagai pengawal and pencegah asma
§ Ubat pam steroid akan dimulakan untuk pesakit asma
di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius.
§ Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan bengkak dan
radang di saluran pernafasan dan seterusnya mencegah serangan asma.
§ Ubat ini tiada fungsi pelega cepat. Ini bermaksud
ia tidak sesuai digunakan waktu serangan asma sedang berlaku. Ia juga mengambil
masa yang lebih panjang untuk menampakkan kesan postitif.
§ Ubat ini perlu digunakan SETIAP HARI untuk suatu
jangka masa yang lebih panjang untuk menampakkan keberkesanannya.
§ Setelah asma menjadi terkawal dengan ubat pam
steroid, doctor akan mengurangkan pengunaan ubat secara perlahan-lahan dan
berkala, dan seterusnya memberhentikan penggunaan ubat tersebut. Tempoh
penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma. Ini
bergantung kepada keadaan dan kawalan asmanya. Kanak-kanak yang mengidap asma
dan memerlukan ubat pencegahan perlulah dipantau oleh pakar kanak-kanak.
§ Contoh: Budesonide,
Fluticasone.
cara pengunaan inhaler (pam) menggunakan corong
untuk kanak-kanak kecil yang menghidap asma.
Gambar ini menunjukkan cara pengunaan inhaler (pam)
menggunakan corong dan ‘mouthpiece’ untuk budak asma lebih besar.
Adakah
ubat pam (inhaler) asma selamat??
Ubat asma adalah selamat, jika
pengambilan dan pengunaannya adalah mengikut arahan doktor. Ubat yang diambil
melalui ínhaler’ juga hanya bertindak dan diserap di salur pernafasan dan tidak
melalui penyerapan darah. Ini mengurangkan kadar kesan sampingan kepada
pengguna.
Ada sesetengah ibu bapa/ pesakit
risau tentang pergantungan atau ‘dependent’ pada ubatan ini. Ini adalah tidak
benar dan ia tidak akan berlaku.
Ada juga ibubapa yang risau
pengambilan ubatan ini lama-kelamaan tidak berkesan lagi sekiranya ia diambil
untuk jangkamasa yang panjang namun ini juga tidak benar.
Asma
dan pergantungan kepada ubat seumur hidup?
Kebanyakan keadaan asma semakin baik
dan terkawal apabila usia budak semakin meningkat. Lebih kurang 60% pesakit
asma tiada tanda-tanda lagi selepas umur 6 tahun. Tetapi segelintir akan
mengalami masalah asma sehingga ke dewasa.
Mengapa
perlu rawat asma sekiranya asma dengan semulajadinya akan bertambah baik
apabila umur semakin meningkat?
Walaupun kita mengetahui yang asma
secara semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat, kita
masih perlu mengawal asma apabila terdapat tanda-tanda yang dialami oleh
sesorang budak asma yang menunjukkan asmanya tidak terkawal. Ini adalah kerana
asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan serangan asma yang teruk, sehingga
boleh meragut nyawa. Apabila asma tidak terkawal untuk jangka masa yang lama,
pertumbuhan juga terjejas, berat badan susah bertambah dan perkembangan otak
turut terbantut.
APAKAH MATLAMAT BVSM DALAM MERAWAT DAN MENCEGAH ASMA??
§ Mengelakkan kemasukan ke hospital dan keperluan mengambil gas di kecemasan
§ Mengurangkan dan mengelakkan ketidakhadiran ke sekolah
§ Mengelakkan tidur yang terganggu
§ Memberi peluang budak-budak asma mengambil bahagian sepenuhnya dalam activiti harian termasuk bermain, bersenam dan bersukan.
1- anti bakteria
2- menguatkan sistem imun
3-menstabilkan emosi
4- mengurangkan tekanan
5-menyeimbangkan sifat PH tubuh badan
6- membekalkan kandungan OKSIGEN aktif yang lebih tinggi
7-meningkatkan aura tubuh badan
Oleh sebab itu, Bio Velocity mempunyai fungsi unik yang
1- menggalakkan peredaran darah dan memperkuat fungsi jantung
2-meningkatkan kadar kandungan oksigen dalam darah. memgaktifkan fungsi-fungsi sel. meningkatkan kadar metabolisme,meningkatkan sistem imunisasi dan keupayaan pemyembuhan sel
3- meningkatkan aura tubuh manusia dan kecergasan, melegakan kepenatan dan lebih bersemangat
4- menstabilkan emosi dan menghilangkan tekanan
5- mengurangkan kesan negatif radiasi elektromegnetik
Alhamdulillah, antara pesakit yang telah terbukti sembuh adalah :
1-ASMA
2-Senggugut
3-Gout
4-Artritis
5-Tekanan Darah Tinggi
6-Diabetes
7-Sakit Otot
8-STROKE
Berminat??? sila hubungi sy di talian
SITI KHADIJAH ; 0192571004 atau WATSAPP 0182224834
No comments:
Post a Comment