tetiba je tekak ni nk makan triffle..sibuk duk tengok blog org..member pun sibuk suh beli triffle die..hurmmm aku tengok je triffle tu trus rasa nk buat...bila buat sendiri rasa puas sb dpt bg hubby n anak makan...bahagia sgt bila tengok diorang mkn air tangan isteri dan umi diorang..kikiki
dah..membebel je..trus ke resepi...
kikiki resipi ni amik kt blog member jugak..tp modified cket sb barang xcukup..
BAHAN-BAHAN MCM DLM GAMBAR NIH ...kikiki pemalas nak taip kan.. alaaa lg senang ko snap je dlm fon canggih tu...bukan byk pon..
BAHAN-BAHAN :
1 biji kek swiss roll perisa vanilla atau butter cake
1 tin buah peach
1 tin lychee atau nenas atau buah mangga atau kiwi - nak guna semua pun boleh..
1 kotak jelly crystal
RESEPI UNTUK CASTARD :
1 tin susu sejat Ideal milk
1 tin air buah pic dalam tin
4-5 sudu besar tepung kastard
Gula secukupnya - ikut selera sendiri
1/2 sudu kecil garam
CARANYA....CARANYA...
1- potong swiss roll ikut tebal mana ko nak arr, pastu pudat dlm gelas/mangkuk/loyang yg mana senang nk masuk peti ais nnt..pudat smpai xder ruang lg okeh..klu x nnt jelly leh meleleh ke bawah dah xcantik layer kek triffle
CARA MEMASAK CASTARD :
Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard masak serta menjadi pekat dan berkilat . Rasa manis castard ni jika kurang boleh ditambah gula lagi . Terus kacau perlahan-lahan castard dan boleh la ditutup api dapur dan bila dah suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.
* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . jika nak sos ni lebih pekat tambah lagi tepung castard .
Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk . Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susun diatas sos castard tadi .
3- Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan masak sehingga jelly kristal masak larut . Dengan menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini. Biarkan jelly sejuk dan menjadi keras dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk dan enak dimakan bila sejuk . Triffle ni sedap dimakan bersama ais krim vanilla...
Sekian...sharing is caring rite .. selamat menikmati...
No comments:
Post a Comment