Monday 8 April 2013

CANDY BUFFET

Assalamualaikum n slamat pg semua.. tetiba rasa nak update satu entry yg dah lama terpendam.. tanggal 29.08.2012 genaplah umur rayyan 1 tahun..syukur Alhamdulillah atas nikmat yg Allah bg rasa ni, dpt tengok anak membesar dengan sihat depan mata.. indah sgt saat2 manis ni walaupun dlm pada masa tu byk sgt ragam yg dia buat..  tp tu semua mengajar kami apa erti  menjadi seorang ibu bapa dan memberi pengalaman dalam membina sebuah keluarga..

Bufday rayyan yg pertama ni, aku bercadang nak buat semua sendiri smpai sanggup beli brg2 yg xpatut pun. bukan xpatut aper, cuma ada beberapa barang yg org kata membazir je beli, baik sewa atau pinjam..  tp xper janji aku puas.. ala kalu kira kos mmg la rasa cm tergugat gak, tp bila kita buat ikhlas kerana Allah Ta'ala, aku rasa brg2 yg dikatakan membazir tu aku pasti ia akan berguna lagi kelak.. dan bufday ni bukan kosong je, tp disertai kenduri doa selamat daaannnn ada tema tau, iaitu biru dan yellow..

So pagi  ni tetiba aku rasa nak bina sebuah bisnes kecil2lan dimana aku nk cuba adakan perkhidmatan candy buffet ni...

Jom layan gambar dulu..

 ok, gambar ni kak long aku edit, pastu aku cuci dan frame kan. gambar ni aku letak atas meja CB ( candy buffet) supaya tetamu tau siapakah dia bufday boy yg diraikan..hehehe

 ok, ni antara gambar makanan yg dihidangkan.. antarnya chocolate fountaine plus marshmellow & buah, apam bee dan lady bird, gula2, coklat, biskut coklat, gula asam boi, gula2 dlm bentuk muka angry bird, smarties, cup cake, jelly, dadih coklat n strawbery. Dannn yg paling special tu desert kat atas tu, Cocktail istimewa plus buah tembikai pelbagai bentuk.
 haaa ni plak present bufday boy dari atok n nenek

 ni sesi jalan2 beli barang

ok time ni nk potong kek, tp xtau nak potong mcm mana sb byk sgt muka boboiboy kat atas kek ni..hehehe biasalah nama pun bufday boy..

 Haaa ni lah kek No 1,  Rayyan Is One Today....

 antara kawan2 rayyan yg hadir dari sekitar seremban

 umi dgn walid bersama bufday boy yg sama2 nk potong kek
 ini lah cocktail istimewa homemade okey by umi rayyan.. susu sejat sepenuhnya, plus buah-buahan dan ais.. jemput yerrr..sgt lemak dan kurang manis...hehehe kat CB table tu dah byk makanan manis, kang kencing manis plakkk...hehehe

 ok ni part chocolate fountaine dan marsmellow plus buah anggur yg telah sedia utk disalutkan....


Hiasan angry bird dan belon oleh walid dan atok-atok rayyan

 ok, ni frame gambar selepas majlis ok.. happening x???

 Sesi doa dan nyanyian lagu Allah Selamatkan Rayyan..Aamiinn

 Umi sedang sibuk mencairkan coklat...

Ok, part kenduri doa selamat dan makanan tengahri xsempat nak amik gambar sb cameraman sorang jek..hahahah.. dan gift beg pun xsempat nak snap sb budak2 berebut..sabor je leee..
 tp aku agak terkilan sb alphabet tulisan RAYYAN IS ONE tu xsempat deliver on time,... jd aku terpaksa cancel kan service dia.. aku hanya mampu merancang dan sesungguhnya Allah yg Maha Menentukan segalamya..aku redha, janji majlis kami ini diberkati oleh Nya...aaminn

SO aper pendapat u all??ok x bisnes ni... in shaa Allah aku akan mulakan perlahan2..aku akan perbaiki lagi perkhidmatan ni pada masa akan dtg, jd aku sgt2 memerlukan sokongan kalian..terima kasih..

Jd Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang , kepada sesiapa yg berminat mahu kami menyediakan perkhidmatan ini, sila hubungi sy di talian 019-2571004 atau watsup sy di 018-2224834.. kami menyediakan perkhidmatan diseluruh kawasan , N9,Selangor, KL, dan Melaka.. juga boleh chat terus di blog ini atau komen di atas. dan emel di  sitikhadijah.ak@moh.gov.my

. Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment